Periuk logo
Periuk logo
Sarak diilhamkan kerabu

Kristy memang minat sangat nasi kerabu, sehinggakan dia sering mencari cara-cara lain untuk menggunakan ulam dan kesegarannya dalam makanan lain. Resipi sarak tradisional selalunya agak berat dengan campuran telur dan tenusu, jadi dia tidak mahu semua ini. Sebaliknya Kristy bertekad untuk mencari cara untuk meningkatkan ulam dan aromatik dalam lauk ini. Campuran sayuran mentah dan yang masak memberi rasa yang ringan kepada isian ini, sambil menambahkan pelbagai jenis tekstur dan perisa. Ia paling sedap dinikmati bersama ayam bakar kami untuk hidangan perayaan anda.

Sarak diilhamkan kerabu

oleh Kristy Voon
Kristy Voon

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 cawan minyak sayuran

12 bawang merah kecil, dihiris

1 ikat daun kesum

150g kacang buncis, dikerat 2”

150g daging cincang (babi atau ayam)

½ sdt garam masala

Garam ikut rasa

150g kacang botor, dikerat ½” 

500ml stok ayam ATAU ½ sdm serbuk cendawan dicampur dengan 500ml air panas

2 bunga kantan, dihiris nipis

4 daun limau purut, dihiris nipis

1-2 tangkai serai, dihiris nipis (bahagian putih sahaja)

1-2 cili merah, dihiris nipis

UNTUK KRUTON:

½ buku roti berkerak, sebaiknya country sourdough boule

½ sdm garam masala

1 sdm serbuk bawang putih

Garam ikut rasa

Lada hitam ikut rasa

  1. Panaskan ketuhar pada 180°C dan letakkan rak di tengah.
  2. Panaskan 1 cawan minyak sayuran dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan hirisan bawang merah kecil dan goreng selama 10-15 minit, sambil kerap menggaul. Bawang akan mula berwarna perang dalam 8 minit—perhatikannya dan angkat bila warnanya pucat sikit berbanding keperangan yang anda suka. Biarkan bawang goreng kering atas tisu dapur, dan ceraikan yang tergumpal agar bawang goreng akan rangup lepas sejuk. 
  3. Dalam minyak sama, gorengkan daun kesum dalam beberapa genggaman sehingga rangup, dalam 1-2 minit setiap kali. Awas, minyak mungkin akan meletup. Tapiskan minyak dan biarkan daun goreng kering atas tisu dapur. Tutup api dan biarkan minyak bawang dalam kuali.
  4. Untuk kruton: Carikkan roti kepada ketulan 1-2” dan susun dalam dulang bakar. Salutkan dengan 6-8 sdm minyak bawang tadi, dan tambahkan 1 sdm serbuk bawang putih, ½ sdm garam masala, garam, dan lada. Kacau dengan rata, rasa dan perasakan ikut citarasa anda. Bakarkan dalam ketuhar selama 20 minit, dan kacaukan kruton dan pusingkan dulang setiap 5 minit supaya ia bakar sekata.
  5. Sementara roti ada dalam ketuhar, gorengkan kacang buncis dalam minyak bawang. Jangan kacau—biarkan selama 1-2 minit untuk terbakar sedikit, kemudian balikkan kacang buncis dan biarkan selama 1-2 minit. Tapis dan simpan dalam mangkuk asing.
  6. Dalam minyak dan kuali sama, gorengkan daging cincang dengan ½ sdt garam masala dan garam ikut rasa. Goreng selama 5 minit hingga daging keperangan dan rangup. 
  7. Setelah kruton siap, keluarkan dari ketuhar dan susun dalam loyang pembakar yang besar. Gaul dengan kacang buncis bakar, hirisan kacang botor, dan daging cincang siap masak. Tambahkan stok hingga cukup-cukup roti lembap; anda tak semestinya guna semua stok. Kacau sebati dan sebarkan campuran pada loyang dalam lapisan sekata.
  8. Tutupkan loyang dengan kerajang aluminium dan bakarkan dalam ketuhar selama 20 minit. Keluarkan kerajang aluminium dan bakar untuk 10 minit lagi agar kruton lebih rangup. 
  9. Keluarkan loyang dari ketuhar. Kacaukan campuran di atas loyang dengan bunga kantan, daun limau purut, serai, dan cili merah semasa masih panas.
  10. Sebelum menghidang, taburkan bawang merah goreng, daun kesum rangup, dan minyak bawang yang tinggal atas campuran sarak kerabu.

Panduan

  • Untuk hidangan vegetarian, jangan guna daging cincang (dan garam masala dan garam tambahan), dan gunakan serbuk cendawan yang dicampur dengan air panas dan bukannya stok ayam.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Nasi Jollof

Nasi tomato penuh perisa

Nasi Jollof

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)
Bubur nasi vegetarian
Nasi Jollof
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk