Periuk logo
Periuk logo
Nasi ayam satu periuk

Apabila penat pada hujung hari, kadang-kadang kita hanya larat untuk menghiris dan mencampak bahan ke dalam satu periuk. Nenek Sayaka sering memasak nasi ayam ini untuk keluarganya dan menghidangkannya terus dari periuk — senang sikit untuk membasuh!

Pinggan mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Nasi ayam satu periuk

oleh Sayaka Chua

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Nasi ayam satu periuk

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

AYAM DAN NASI

4 bahagian ayam seperti paha, dipotong 2″ (anda boleh menggunakan potongan chicken chop)

1 sdm halia, diparut

1 sdm bawang putih, dicincang atau diparut

1 sdm minyak masak

2 cawan beras

2 cawan stok sayur atau ayam, atau air

1 ikat kecil kailan, daun dan batang diasingkan

4 cendawan shitake, dihiris panjang (kalau menggunakan cendawan kering, rendam dalam air panas untuk sejam dahulu) (ikut suka)

6” lapcheong, dipotong bulat (ikut suka)

BAHAN PERAP AYAM

4 sdm kicap cair

4 sdm kicap pekat

2 sdt minyak bijan

4 sdm wain shiao xing

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Lada putih secukup rasa

  1. Perap ayam dengan bahan perap untuk sekurang-kurangnya 15 minit.
  2. Panaskan periuk sederhana besar menggunakan api sederhana rendah. Masukkan minyak dan tumis bawang putih dan halia untuk lebih kurang 2 minit.
  3. Masukkan beras dan gaul rata bersama bawang putih dan halia.
  4. Tuangkan stok atau air dan kacau sekali lagi.
  5. Masukkan potongan ayam, batang kailan, dan cendawang dan lapcheong (jika suka) di atas beras, dan tuang lebihan bahan perap ke dalam periuk.
  6. Tutup periuk dan masak untuk lebih kurang 10-12 minit atau sehingga air telah diserap oleh nasi. Kuatkan api untuk 30 saat hingga 1 minit supaya nasi di dasar periuk digoreng rangup.
  7. Tutup api. Masukkan daun kailan di atas dan biarkan nasi di dalam periuk yang tertutup untuk lebih kurang 10 minit.

Panduan

  • Hidangkan dengan cili padi dan kicap.
Baca seterusnya:  ayam, cina, makan seorang, nasi, ringkas

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021