Periuk logo
Periuk logo
Soda Sunquick
Berbuih dan menyegarkan untuk Tahun Baru Cina yang panas.
Laici dikupas, ketulan nata de coco, dan kepingan kelapa laut madu di dalam senduk merah di atas mangkuk soda berwarna kuning-jingga.

Dulu, minuman ini selalu dihidangkan beberapa bulan sekali di rumah keluarga Michelle. Apabila dia masih kecil, keluarganya yang selalunya mengamalkan pemakanan sihat akan sekali-sekala membungkus mi hokkien dan wat tan hor untuk makan lewat malam dan menikmati manisan juga. Apabila 八宝冰 (air batu campur) tidak ada pada malam itu, ibunya atau makciknya akan membancuh minuman berbuih ini. Memang enak menghirup segelas (atau tiga) semasa cuaca panas Tahun Baru Cina ini.

Soda Sunquick

oleh Michelle Yip
Michelle Yip

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Soda Sunquick
Berbuih dan menyegarkan untuk Tahun Baru Cina yang panas.
Laici dikupas, ketulan nata de coco, dan kepingan kelapa laut madu di dalam senduk merah di atas mangkuk soda berwarna kuning-jingga.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1½ sdm kordial oren Sunquick

500ml air

2 cawan laici atau longan dari tin, ditapis

2 cawan kelapa laut madu dari tin, ditapis

2 cawan nata de coco, ditapis

1.25l ais krim soda

Jus dari ½ lemon

Kiub ais

Daun pudina untuk hiasan

  1. Campurkan kordial oren bersama 1 cawan air di dalam mangkuk mincam atau jag.
  2. Tambahkan laici atau longan, kelapa laut madu, dan nata de coco. Kacau rata.
  3. Tuangkan ais krim soda dengan perlahan supaya tidak terlalu berbuih, bersama dengan jus lemon.
  4. Rasa kemanisannya. Tambahkan 1 cawan air lagi atau lebih jika perlu.
  5. Untuk menghidang, tuang ke dalam gelas bersama kiub ais dan hias dengan beberapa daun pudina.

Panduan

  • Minuman ini boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti ais.
  • Orang dewasa boleh menambah sedikit vodka kepada minuman ini.
Baca seterusnya:  halal, minuman, ringkas, tahun baru cina

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh

Ayam kunyit yang tidak digoreng

Ayam kunyit tumis-reneh

Sambal tumis ubi kayu

Beralih ke ubi untuk sarapan pagi

Sambal tumis ubi kayu

Yee sang ibu untuk bila-bila

Raikan kegembiraan sepanjang tahun

Yee sang ibu untuk bila-bila

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh
Sambal tumis ubi kayu
Yee sang ibu untuk bila-bila
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk