Periuk logo
Periuk logo
Sup manuk lihing

Natasha mempelajari cara membuat sup ini dari ibunya (yang mungkin sekali mempelajarinya dari neneknya) dan sering mengidamkannya semasa hujan. Ini juga hidangan yang sesuai sewaktu berpantang kerana kandungan halianya yang tinggi untuk membuang angin dan membantu peredaran darah.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Sup manuk lihing

oleh Natasha Sim

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Sup manuk lihing

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 ayam kampung, dipotong mengikut bahagian yang digemari

6-8 keping halia tidak dikupas bersaiz ibu jari, diketuk

3 cawan lihing atau wain beras

3 cawan air (sama jumlah dengan lihing)

Garam secukup rasa

MSG secukup rasa

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk sup dan didihkan di atas api yang besar. Apabila isi periuk mula mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih.
  2. Masak untuk lebih kurang 30-35 minit, atau sehingga alkohol telah menyejat dan ayam telah masak.
  3. Rasa sup. Tambah lihing atau air mengikut citarasa.
  4. Perasakan sup dengan garam dan MSG, kemudian tutupkan api. Supnya seharusnya bening kekuningan dan kelihatan lapisan nipis minyak dari lemak ayam.

Panduan

  • Sup ini biasanya dibuat dengan lihing manis. Ada tuak yang berasa masam apabila dimasak, yang mungkin kurang disukai. Jika boleh, tanya si penjual kalau anda boleh rasa lihing yang dijualnya sebelum anda membeli.
  • Warna lihing boleh nampak berbeza, dari warna kuning ke merah jambu dan oren. Pembuatan lihing termasuk dalam industri kampung, oleh itu setiap botol lihing berbeza.
  • Jika anda membuat sup ini untuk hidangan pantang, ibu Natasha menasihatkan supaya menggunakan halia tua kerana efeknya yang lebih kuat.

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021