Periuk logo
Periuk logo
Udang masak bawang

Resepi ini datangnya dari Puan Choong, jiran Alexandra semasa dia tinggal di Ipoh. Puan Choong ada sembilan anak, dan ini mempengaruhi kepintaran dan kreativitinya di dapur. Anak bongsunya Mark memberitahu Alexandra yang dia dan dan adik-beradiknya sering dihidangkan lauk ini bersama nasi panas. Bawang garing, kicap umami, dan udang yang manis — jamuan yang lengkap sekali.

Pinggan mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Udang masak bawang

oleh Alexandra Wong

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Udang masak bawang

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

400g udang saiz sederhana, dikupas dan dibuang uratnya

8-10 biji bawang merah, dihiris nipis

2 sdm kicap cair

Minyak biasa untuk menggoreng, e.g. minyak sayuran, minyak jagung, minyak canola

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Tuang dalam 3 sudu besar minyak masak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang merah yang dihiris dan goreng sehingga perang dan garing. Ketepikan bawang goreng di atas pinggan, dan biarkan minyak gorengan di dalam kuali.
  2. Masukkan udang ke dalam minyak gorengan bawang di dalam kuali dan goreng untuk 2-4 minit sehingga hampir masak.
  3. Tambahkan kicap cair dan masukkan balik bawang goreng ke kuali.
  4. Kacau rata dan hidangkan ketika bawang goreng masih garing.

Panduan

  • Udang kecil lebih sedap kerana lebih banyak minyak gorengan bawang dan kicap cair boleh meresap ke dalam isi udang.
  • Hanya 3 bahan utama digunakan, jadi haruslah memakai minyak yang neutral. Rasa minyak zaitun atau minyak kelapa terlalu kuat.
  • Bawang merah yang banyak sangantlah penting, dan haruslah digoreng dengan baik. Bawang merah boleh hangus dengan cepat, jadi tapiskan bawang merah dari minyak menggoreng apabila bawang merah hampir masak. Bawang merah akan terus masak kerana suhunya yang masih panas.
  • Cuba jangan beli bawang goreng di kedai! Rasa yang penting adalah minyak gorengan bawang, dan ini hanya boleh didapati apabila menggoreng bawang sendiri.
  • Udang boleh diperap dahulu dengan secubit garam.
  • Beberapa titis minyak bijan boleh ditambah sesudah masak untuk bau yang harum.
Baca seterusnya:  bawang, bawang merah, cina, kicap, lauk, ringkas, udang

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021