Periuk logo
Periuk logo
Orh oh bak (Keladi dan babi masak kicap)

Lauk Hakka ini adalah salah satu makanan kegemaran arwah ayah Zara, yang suka makan segala benda dengan kicap. Ahli rumahtangga Zara suka sangat lauk ini sampaikan setiap ahli keluarganya belajar bagaimana nak memasak lauk ini untuk memuaskan selera dan jiwa.

oleh Dorothea Law

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 keladi sederhana (400g), dikupas dan dipotong dadu 2″

1 sdm minyak sayuran

4 bawang merah kecil, dikupas dan dihiris

200g daging babi cincang

2 sdt kicap cair

Garam secukup rasa

250ml air panas

  1. Masukkan dadu keladi dalam periuk dan tuangkan air hingga sampai paras satu inci atas keladi. Rebus dengan api sederhana selama 10 minit. Keluarkan keladi setengah masak dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila kuali panas, tuangkan minyak. Apabila minyak berkilat, masukkan hirisan bawang merah kecil dan goreng selama 3-5 minit atau warna mula perang.
  3. Masukkan daging babi cincang ke dalam kuali. Tumis selama kira-kira 3-5 minit, dan leraikan sebarang daging tergumpal jika perlu. Perisakan dengan kicap cair dan garam secukup rasa dan gaul sebati.
  4. Tambahkan keladi separuh masak ke dalam campuran babi cincang dan gaul.
  5. Tambahkan sedikit air panas ke dalam kuali untuk memastikan campuran tak kering. Masakkan keladi hingga ia masak sepenuhnya atau sampai tekstur kegemaran anda, lebih kurang 5 minit. Lauk ini sepatutnya pekat dan berkrim.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Panduan

  • Babi cincang boleh digantikan dengan ayam cincang dan 2 sdm sos itik untuk mengimbangi rasa dan tekstur daging.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kangkung masak budu

Masakan malam minggu yang ringkas

Kangkung masak budu

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Manisan klasik versi Asia Tenggara

Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi

Udang masak bawang

Lauk 3 bahan yang menarik

Udang masak bawang

Lain kali masak

Kangkung masak budu
Orh nee / 芋泥 / Manisan keladi
Udang masak bawang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

periuk