Periuk logo
Periuk logo
Sambal tumis telur pedas

Semasa Alia masih kecil, jarang sekali kalau lauk yang dihidangkan tidak ada bawang merah kecil, bawang putih, dan cili. Lauk ini adalah kegemaran arwah ibunya. Mak Alia akan menjadikannya lebih pedas dengan menambah cili padi. Bila dah siap, gaul dengan nasi putih untuk membuat nasi goreng ‘segera’ atau makan dengan roti bakar, mi, ubi kayu rebus, atau pasta. Tak pun, ratah begitu saja pun dah sedap.

Sambal tumis telur pedas

oleh Alia Ali
Alia Ali

Semasa Alia masih kecil, jarang sekali kalau lauk yang dihidangkan tidak ada bawang merah kecil, bawang putih, dan cili. Lauk ini adalah kegemaran arwah ibunya. Mak Alia akan menjadikannya lebih pedas dengan menambah cili padi. Bila dah siap, gaul dengan nasi putih untuk membuat nasi goreng ‘segera’ atau makan dengan roti bakar, mi, ubi kayu rebus, atau pasta. Tak pun, ratah begitu saja pun dah sedap.

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 sdm asam jawa (pilihan)

1 bawang kuning besar, dikupas

8 bawang merah kecil, dikupas

8 ulas bawang putih, dikupas

5 cili hijau atau merah besar

12 cili padi (atau secukup rasa)

1″ keping belacan (pilihan)

1 genggam (50g) ikan bilis, disiang

3 sdm minyak sayur

Garam cukup rasa

6 telur, dipecahkan dalam mangkuk

  1. Rendamkan asam jawa (jika guna) dalam 250ml air selama 10 minit. Ramaskan asam jawa untuk mengasingkan biji asam jawa, kemudian tapiskan campuran air dan asam jawa itu ke dalam mangkuk. Tepikan air asam jawa. 
  2. Masukkan bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, cili padi, dan belacan (jika guna) ke dalam pemproses makanan (atau blender dengan sedikit air). Proses campuran itu hingga ia menjadi pes berketul, Tambahkan ikan bilis dan pulse lagi 10 saat.
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Bila kuali panas, tuangkan minyak. Bila minyak berkilau, masukkan bahan kisar. Tumis selama 10 minit, dan kacau sekali sekala supaya tak hangus. Tumis sehingga pecah minyak, atau mula masak dan menggelap.
  4. Tuangkan air asam jawa (jika guna), tambahkan garam dan kacau sebati.
  5. Bila campuran mula mendidih, tuangkan telur dan kuatkan api. Gaul semua bahan cepat-cepat, jadikan sebagai telur hancur. Setelah telur masak, tutupkan api dan hidang.

Panduan

  • Semua elemen hidangan ini boleh diubah suai mengikut citarasa. Air asam jawa boleh menambahkan rasa masam dan mencairkan campuran telur. Lebih cili padi lagi pedas. Cubalah semua.
  • Kalau menggunakan air asam jawa, telur akan masak lebih lama lalu ia akan menghasilkan cebisan telur yang lembut dan halus. Kalau anda tidak guna air asam jawa, telur akan masak cepat lalu hasilkan cebisan besar dan pejal.

Ramuan

1 sdm asam jawa (pilihan)

1 bawang kuning besar, dikupas

8 bawang merah kecil, dikupas

8 ulas bawang putih, dikupas

5 cili hijau atau merah besar

12 cili padi (atau secukup rasa)

1″ keping belacan (pilihan)

1 genggam (50g) ikan bilis, disiang

3 sdm minyak sayur

Garam cukup rasa

6 telur, dipecahkan dalam mangkuk

Arahan

  1. Rendamkan asam jawa (jika guna) dalam 250ml air selama 10 minit. Ramaskan asam jawa untuk mengasingkan biji asam jawa, kemudian tapiskan campuran air dan asam jawa itu ke dalam mangkuk. Tepikan air asam jawa. 
  2. Masukkan bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, cili padi, dan belacan (jika guna) ke dalam pemproses makanan (atau blender dengan sedikit air). Proses campuran itu hingga ia menjadi pes berketul, Tambahkan ikan bilis dan pulse lagi 10 saat.
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Bila kuali panas, tuangkan minyak. Bila minyak berkilau, masukkan bahan kisar. Tumis selama 10 minit, dan kacau sekali sekala supaya tak hangus. Tumis sehingga pecah minyak, atau mula masak dan menggelap.
  4. Tuangkan air asam jawa (jika guna), tambahkan garam dan kacau sebati.
  5. Bila campuran mula mendidih, tuangkan telur dan kuatkan api. Gaul semua bahan cepat-cepat, jadikan sebagai telur hancur. Setelah telur masak, tutupkan api dan hidang.

Panduan

  • Semua elemen hidangan ini boleh diubah suai mengikut citarasa. Air asam jawa boleh menambahkan rasa masam dan mencairkan campuran telur. Lebih cili padi lagi pedas. Cubalah semua.
  • Kalau menggunakan air asam jawa, telur akan masak lebih lama lalu ia akan menghasilkan cebisan telur yang lembut dan halus. Kalau anda tidak guna air asam jawa, telur akan masak cepat lalu hasilkan cebisan besar dan pejal.

Lain kali masak

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)

Mesti ada masa makan nasi campur

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)

Sambal tempra

Sambal asas untuk hidangan Serani

Sambal tempra

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lain kali masak

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)
Sambal tempra
Ayam asam rong
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2022

© Hak cipta Periuk 2022

 
periuk