Periuk logo
Periuk logo
Terung Dayak masak ikan

Lauk ini memang selalu dihidangkan di rumah keluarga Diana kerana ibunya sering membeli terung dayak setiap kali tiba musimnya. Keluarganya selalu makan pelbagai sayuran dan buah-buahan mengikut musim untuk menyokong petani dan pengutip ternak lokal, dan inilah waktunya terung Dayak paling enak dinikmati.

Terung Dayak masak ikan

oleh Diana Kho

Lauk ini memang selalu dihidangkan di rumah keluarga Diana kerana ibunya sering membeli terung dayak setiap kali tiba musimnya. Keluarganya selalu makan pelbagai sayuran dan buah-buahan mengikut musim untuk menyokong petani dan pengutip ternak lokal, dan inilah waktunya terung Dayak paling enak dinikmati.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

2 terung Dayak (juga dikenali sebagai terung asam), dipotong baji

2 biji bawang besar, dipotong baji

3 cili merah, dipotong dua memanjang dan dibuang biji

6 cili padi (jika mahu), dipotong memanjang dan dibuang biji

3 inci halia, ditumbuk kasar

3 tangkai serai, ditumbuk kasar

500g ikan isi putih seperti tenggiri, dipotong 4 dalam bentuk stik

2 sdm ikan bilis

1 sdm udang kering

1 sdm jeruk plum masin (dibuang biji)

1 sdm pes asam jawa

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa (jika mahu)

  1. Didih 1.5l air di dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan kecuali pes asam jawa, garam, dan gula. Didihkan kembali, kemudian perlahankan api dan renih untuk lebih kurang 20 minit.
  3. Gunakan garpu atau hujung pisau dan cucuk sekeping terung Dayak dengan perlahan untuk menguji kelembutan isinya. Satu cara lain untuk melihat kalau terung Dayak sudah masak adalah jika kulitnya mula mengupas sendiri dari isi. 
  4. Rasa sup. Tambahkan garam, gula, dan pes asam jawa mengikut citarasa sendiri. Sup ini harus berasa masam dan sedikit manis dengan adanya terung Dayak.
  5. Masukkan stik ikan dan didih dengan perlahan. Kecilkan api dan renih untuk lebih kurang 5 minit atau sehingga ikan masak.

Panduan

  • Nota editor: Kepada pembaca di Semenanjung Malaysia, terung Dayak boleh dibeli di atas talian. Kami beli dari Shopee, dan kami dapati yang bungkusannya teliti dan sampai dalam keadaan segar. Simpan dalam peti ais, dan terung dayak boleh tahan sehingga dua minggu. 
Baca seterusnya:  dayak, ikan, lauk, ringkas, tenggiri, terung dayak

Ramuan

Arahan

periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021