Periuk logo
Periuk logo
Nasi ponggal

Dibuat dengan beras yang baru dituai, hidangan ini menandakan akhirnya solstis musim sejuk, dan dipersembahkan kepada dewa dan dewi sebelum dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai. Ada pelbagai jenis nasi Ponggal—termasuk yang savuri—tetapi versi manis ini lazim disediakan oleh orang Tamil Malaysia yang meraikan acara Ponggal.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Nasi ponggal

oleh Mervyn Raj

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Nasi ponggal

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 cawan beras

875ml air

240g jaggery

4 sdm minyak sapi

⅓ cawan kacang gajus

⅓ cawan kismis 

Secubit serbuk buah pelaga

Garam secukup rasa

  1. Bilas beras dan rendam untuk lebih kurang 1 jam. Tapiskan air dan ketepikan beras.
  2. Tuang 875ml air ke dalam periuk tanah atau periuk berat. Letak periuk ini di atas dapur masak dan pasangkan api sederhana. Apabila air mula merenih, perlahankan api sehingga kecil dan masukkan beras. Masak sehingga seperti bubur yang pekat, antara 13-15 minit.
  3. Dalam periuk yang lebih kecil, masukkan jaggery dan sedikit air. Letak di atas dapur masak dan pasangkan api sederhana. Kacau jaggery semasa dipanaskan supaya tidak melekat ke dasar periuk. Tambahkan sedikit air jika perlu—tekstur yang ideal adalah seperti cat pekat.
  4. Apabila jaggery mula berbuih, alihkan daripada sumber api, dan tuangkan ke atas nasi yang dimasak tadi. Kacau rata. Butiran nasi akan berasingan pada takat ini.
  5. Masukkan garam, serbuk buah pelaga, dan 2 tsm minyak sapi. Kacau rata dan teruskan memasak untuk 8-10 minit lagi sehingga nasi betul-betul masak dan lembut.
  6. Sementara itu, panaskan kuali dengan api sederhana. Goreng kacang gajus dan kismis dengan 2 sdm minyak sapi sehingga berbau harum dan warnya menggelap.
  7. Nasi telah masak apabila bertekstur seperti pulut lembut dan boleh dibentukkan menjadi bebola kecil.
  8. Masukkan kacang gajus dan kismis yang digoreng bersama minyak sapi ke dalam nasi dan kacau rata. Makan semasa masih hangat.

Ramuan

1 cawan beras

875ml air

240g jaggery

4 sdm minyak sapi

⅓ cawan kacang gajus

⅓ cawan kismis 

Secubit serbuk buah pelaga

Garam secukup rasa

Arahan

  1. Bilas beras dan rendam untuk lebih kurang 1 jam. Tapiskan air dan ketepikan beras.
  2. Tuang 875ml air ke dalam periuk tanah atau periuk berat. Letak periuk ini di atas dapur masak dan pasangkan api sederhana. Apabila air mula merenih, perlahankan api sehingga kecil dan masukkan beras. Masak sehingga seperti bubur yang pekat, antara 13-15 minit.
  3. Dalam periuk yang lebih kecil, masukkan jaggery dan sedikit air. Letak di atas dapur masak dan pasangkan api sederhana. Kacau jaggery semasa dipanaskan supaya tidak melekat ke dasar periuk. Tambahkan sedikit air jika perlu—tekstur yang ideal adalah seperti cat pekat.
  4. Apabila jaggery mula berbuih, alihkan daripada sumber api, dan tuangkan ke atas nasi yang dimasak tadi. Kacau rata. Butiran nasi akan berasingan pada takat ini.
  5. Masukkan garam, serbuk buah pelaga, dan 2 tsm minyak sapi. Kacau rata dan teruskan memasak untuk 8-10 minit lagi sehingga nasi betul-betul masak dan lembut.
  6. Sementara itu, panaskan kuali dengan api sederhana. Goreng kacang gajus dan kismis dengan 2 sdm minyak sapi sehingga berbau harum dan warnya menggelap.
  7. Nasi telah masak apabila bertekstur seperti pulut lembut dan boleh dibentukkan menjadi bebola kecil.
  8. Masukkan kacang gajus dan kismis yang digoreng bersama minyak sapi ke dalam nasi dan kacau rata. Makan semasa masih hangat.
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2021

© Hak cipta Periuk 2021